Kelahiran

KEPENTINGAN ETIKA DAN MORAL DALAM PEMBENTUKAN MASYARAKAT BERTAMADUN

1.0 Pengenalan

Kelahiran masyarakat bertamadun tidak dapat dipisahkan dengan pengamalan etika dan moral yang menjadi pegangan oleh sesuatu masyarakat. Ia menjadi projeksi kepada masyarakat untuk memegang kuat serta mempertahankan nilai-nilai akhlak bangsa mereka yang dianggap baik untuk menjadi mesyarakat yang bertamadun. Di sini, kita akan melihat wujudnya integrasi nilai-nilai etika dan moral yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat menjadi dan inilah identiti masyarakat bertamadun yang ingin ditonjolkan kepada masyarakat lain. Setiap masyarakat bertamadun memiliki sifat etnosentrisme iaitu mengagungkan budaya sendiri. Dalam hal ini masyarakat mempercayai bahawa setiap nilai-nilai moral yang diamalkan adalah yang terbaik dalam kalangan masyarakat lain. Mereka juga menganggap bahawa mereka lebih bertamadun berbanding masyarakat lain.

Tidak dinafikan bahawa nilai-nilai etika dan moral yang diamalkan oleh sesuatu kelompok adalah yang terbaik. Hal ini demikian kerana setiap pengamalan nilai-nilai murni kelompok masyarakat ini mempunyai matlamat akhir yang sama iaitu untuk menjadi masyarakat yang bertamadun. Sekiranya kita meneliti secara halusnya, apabila nilai-nilai murni dalam masyarakat dapat diamalkan dan dihayati dengan tujuan yang betul maka ia akan melahirkan masyarakat yang aman dan harmoni. Penghayatan nilai-nilai murni ini dalam kehidupan akan membawa kepada kehidupan masyarakat yang bertamadun. Akhirnya, ia akan bertindak sebagai pemangkin kepada keutuhan nilai etika dan moral dalam masyarakat. Sememangnya pengamalan nilai-nilai murni dalam masyarakat sangat penting dan akan memberi pulangan yang berguna untuk sesebuah tamadun.

2.3 Kepentingan Etika Dan Moral Dalam Tamadun Melayu

2.3.1 Ketaatan kepada Pemimpin

Perkara utama yang sangat dijaga oleh masyarakat Melayu ialah ketaatan kepada pemerintah. Nilai menghormati pemerintah ini sudah diamalkan sejak terbinanya Tamadun Melayu lagi. Oleh itu tidak hairanlah sekiranya masyarakat Melayu sangat mengagungkan institusi berajanya. Berpandukan hal ini semua rakyat adalah dituntut untuk menumpukan taat setia sepenuhnya kepada raja. Dalam hal ini, pemimpin atau raja merupakan simbol penyatuan rakyat. Konsep ketaatan kepada pemimpin juga mengariskan bahawa penderhakaan kepada pemimpin juga bererti menderhaka kepada negara. Pegangan bahawa ketaatan kepada pemimpin secara tidak langsung telah membawa kepada penyatuan orang Melayu. Oleh itu, masyarakat Melayu sangat menjaga ketertinggian kedudukan dan kedaulatan pemimpinnya. Ketaatan yang diberikan ini telah menjadikan mereka masyarakat yang bertamadun.

2.3.2 Berpegang Teguh kepada Adat Resam

Masyarakat Melayu juga berpegang teguh dengan pengamalan adat resam kerana mereka percaya bahawa adat resam mempunyai kesan dalam segenap aspek kehidupan. Oleh hal yang demikian, tidak hairanlah apabila orang Melayu sangat menjaga adat resam yang merangkumi adat-istiadat dan pantang larang diamalkan dan diwarisi secara turun-temurun. Terdapat banyak adat resam yang diamalkan oleh orang melayu termasuklah adat menyambut kelahiran, perkahwinan, dan kematian. Adat resam yang diamalkan ini telah menjadikan mereka mempunyai identiti yang tersendiri. Dengan adat resam ini juga mereka menganggap mereka telah menjadi masyarakat yang bertamadun.

2.3.3 Memuliakan Orang Tua

Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa yang tua dihormati dan yang muda disayangi. Inilah yang menjadi pegangan masyarakat Melayu. Dalam tamadun Melayu, mereka sangat memuliakan dan menghormati golongan yang tua. Oleh itu, tidak hairanlah golongan tua ini selalu diberikan keutamaan. Hal ini demikian kerana masyarakat Melayu berpegang kepada konsep orang yang lebih tua memiliki banyak pengalaman berbanding generasi muda. Bagi masyarakat Melayu, pengalaman adalah sesuatu yang dipandang tinggi kerana daripada pengalaman seseorang akan menjadikan seseorang matang dalam pemikiran dan tindak tanduknya. Masyarakat Melayu percaya memuliakan golongan tua merupakan nilai yang baik dalam sesebuah masyarakat. Dengan ini, mereka boleh dikatakan sebagai masyarakat yang bertamadun kerana meletakkan golongan tua di puncak penghormatandan kemuliaan.

2.3.4 Saling Bantu-membantu

Masyarakat Melayu terkenal dengan nilai murni saling bantu-membantu. Oleh itu, setiap pekerjaan atau aktiviti kemasyarakatan akan dilakukan secara gotong-royong. Nilai seperti ini sudah lama diamalkan sejak zaman nenek moyang lagi. Sikap ini juga menjadi sebahagian daripada budaya orang Melayu yang berpegang kepada hidup dalam masyarakat. Biasanya, masyarakat akan menghulurkan bantuan sesama mereka apabila aktiviti kemasyarakatan berlangsung. Sebagai contoh, kenduri-kendara, menanam dan menuai padi, membersihkan rumah ibadat dan tanah perkuburan. Sikap bantu-membantu ini menjadikan mereka sebagai masyarakat yang bersatu padu. Nilai seperti inilah yang menjadi amalan masyarakat yang bertamadun.

2.3.5 Mengutamakan Ikatan Kekeluargaan dan Hubungan Silaturahim

Dalam konteks ini, orang Melayu sangat mementingkan hubungan ikatan kekeluargaan yang akrab. Oleh hal yang demikian, hubungan antara ahli keluarga menjadi sangat intim antara satu sama lain. Selain itu, terdapat pula gelaran-gelaran yang digunakan dalam sistem kekeluargaan untuk menentukan pangkat seseorang dalam kelaurga. Sebagai contoh wujudnya gelaran datuk, nenek, pak cik, mak cik, abang, kakak dan adik. Apabila hubungan antara ahli keluarga menjadi erat, hubungan dalam masyarakat pula akan dibentuk dan akhirnya akan lahirnya penyatuan untuk semua rakyat dalam sesuatu negara. Perkara seperti ini akan mewujudkan masyarakat yang bertamdadun.

2.3.6 Bermuafakat

Sudah menjadi kebiasaan orang Melayu untuk membuat sesuatu persetujuan dengan cara muafakat atau bermusyawarah. Oleh hal yang demikian, setiap ahli dalam masyarakat diberikan peluang untuk menyuarakan pendapat tentang sesuatu isu yang dibincangkan. Apabila semua pendapat telah didengar dan diteliti, barulah keputusan akan dibuat. Keputusan yang akan dibuat pula tidak akan menyebelahi mana-mana pihak tetapi dibuat atas dasar memberi faedah kepada semua ahli dalam masyarakat. Hal ini membuktikan konsep musyawarah yang diamalkan dalam masyarakat Melayu adalah berpaksikan penyatuan seluruh masyarakat secara umumnya. Setiap ahli masyarakat mendapat faedah daripada muafakat yang diadakan. Oleh hal yang demikian, masyarakat bertamadun dapat dibentuk kerana setiap ahli dalam masyarakat diberikan hak-hak yang sewajarnya dalam masyarakat.

BIBLIOGRAFI

http://eprints.um.edu.my/71/1/Penghayatan_Nilai-Nilai_Murni_Dalam_Masyrakat_Berbilang_Kaum_di_Malaysia.pdf

Please be aware that the free essay that you were just reading was not written by us. This essay, and all of the others available to view on the website, were provided to us by students in exchange for services that we offer. This relationship helps our students to get an even better deal while also contributing to the biggest free essay resource in the UK!