Tamadun islam dan tamadun asia

PRAKATA

Puji dan syukur saya panjatkan kepada Allah S.W.T atas segala kurnia-Nya sehingga tugasan kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) yang diberi oleh pensyarah kami, Dr.Amini Amir Bin Abdullah dapat diselesaikan. Dalam pada itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ayahanda, bonda serta seluruh keluarga atas segala doa dan dorongan selama tugasan ini. Selain itu, ungkapan ribuan terima kasih juga disampaikan kepada pensyarah subjek TITAS iaitu Dr. Amini Amir Bin Abdullah atas segala pertolongan dan dorongan beliau untuk menyiapkan tugasan ini. Tidak dilupakan juga, rakan-rakan seperjuangan yang telah bekerjasama untuk menyiapkan tugasan ini.

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Pertama sekali saya ingin mengucap syukur dan segala puji bagi Allah S.W.T., tuhan yang mentadbir seluruh alam. Dengan rahmat dan izin-Nya dapat kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., para sahabat dan tabi'in.

Setinggi-tinggi perhargaan kepada ibu bapa saya di atas sokongan dan bimbingan mereka. Khususnya kepada ibu saya yang memberi tunjuk ajar mengenai cara-cara penyelidikan dan corak penulisan tugasan. Pada awalnya saya menghadapi kesukaran memahami dan menggunakan bahasa melayu formal. Namun, berkat kesabaran dan tunjuk ajar beliau masalah ini dapat diatasi.

Ribuan terima kasih kepada ahli kumpulan saya diatas dedikasi dan sikap terbuka mereka. Terdapat beberapa halangan dan cabaran sepanjang usaha menyiapkan tugasan ini. Masing-masing dengan tanggungjawab tersendiri menyukarkan proses perbincangan dan percambahan idea. Hal ini kami atasi dengan menggunakan kelebihan dan kepakaran setiap ahli kumpulan dan cuba mengagihkan tugas mengikut kelebihan tersebut. Masa yang sedikit dalam perbincangan kumpulan digunakan sebaiknya untuk melihat perkembangan tugasan yang diberikan dan menyelesaikan isu-isu berbangkit.

Saya merasakan bahawa tajuk yang diberikan kepada kumpulan kami sangat menarik. Seringkali budaya barat dikaitkan dengan impak negatifnya sahaja dan diperbesarkan oleh media semasa. Hal ini boleh menyebabkan masyarakat memandang dunia barat dengan pandangan negatif. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan mereka. Setiap budaya juga ada pengaruh baik dan buruknya. Hal ini saya lihat dan nilai sendiri semasa belajar di New Zealand. Sememangnya budaya barat mengetepikan agama dan budaya dalam isu-isu kritikal seperti pendidikan dan sosial. Pendidikan lebih tertumpu kepada soal dunia dan pergaulan bebas tidak dibendung. Namun, budaya Barat adalah positif dari segi kesediaan mereka untuk mendalami ilmu, membuat penemuan baru dan kesedaran mengenai alam sekitar.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

" Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal." (Al-Hujuraat, 13)

Ini memperlihatkan bahawa agama Islam tidak meletakkan imej baik atau buruk bagi sesuatu kaum. Malah Islam menyokong interaksi antara kaum, dengan harapan umat manusia boleh belajar dan mendapat faedah daripada interaksi ini. Disinilah relevannya tugasan kami, dimana kami diperlukan untuk menilai aspek positif dan negatif yang terhasil daripada pertembungan tamadun Islam, Cina dan India dengan tamadun barat.

Akhir kata, saya berharap hasil kerja kami ini akan membuka minda ahli-ahli kumpulan, rakan-rakan sekuliah dan masyarakat umum kepada kepentingan mempunyai asas yang teguh dan menilai pengaruh dunia luar kepada diri dan masyarakat sekitar. Semoga ilmu yang dipelajari bukan sahaja kearah kemajuan dan kekayaan, bahkan memperkuatkan lagi pegangan dan jati diri insan. Wallahu a'lam. Sekian , terima kasih.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Syukur kepada Allah S.W.T. Tuhan Yang Maha Agung, selawat dan salam ke atas Rasul utusan yang mulia, para sahabat dan meraka yang berada di jalan yang benar hingga ke hari kemudian kelak. Assalamualaikum wbt. dan salam bahagia.

Saya berasa gembira dan bangga dengan terhasilnya tugasan yang diberi tajuk "Impak Negatif dan Positif Pengaruh Tamadun Barat terhadap Tamadun Islam, Cina dan India Dalam Aspek Sosial". Tugasan ini merupakan satu tugasan yang agak mencabar bagi saya dan kumpulan saya. Terdapat pelbagai kesulitan yang telah saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini. Pada awalnya, masalah yang saya hadapi adalah untuk mencari maklumat yang tepat dengan tajuk tersebut. Contohnya, saya telah menghadapi kesukaran ketika mencari maklumat yang tepat tentang tamadun-tamadun tersebut. Namun demikian, masalah ini tidak membuat saya putus asa kerana dengan adanya pertolongan dari ahli kumpulan saya untuk mencari maklumat tersebut sekaligus menambahkan ilmu pengetahuan tentang tamadun-tamadun tersebut.

Di samping itu, masalah kesuntukan masa juga menjadi isu. Masa yang kami ada untuk menyiapkan tugasan ini adalah amat terhad. Hal ini demikian kerana, ahli-ahli kumpulan kami amat sibuk dengan ujian satu masing-masing dan ada juga di antara mereka yang bukan Islam yang menyambut Tahun Baru Cina yang menyebabkan mereka mempunyai masa yang sedikit untuk berbincang dengan kumpulan. Selain itu, saya mempunyai masalah dalam memahami bahagian sorotan literatur dan kajian terdahulu. Buktinya, saya telah mengambil masa yang agak lama untuk mencari info tentang istilah tersebut agar saya mendapat pemahaman betul dan tepat. Lalu, saya terus melayari internet untuk mencari info tentang istilah tersebut.

Walau bagaimanapun, setiap cabaran dan dugaan yang dilalui mempunyai hikmah disebaliknya. Setelah melalui pelbagai kepayahan dan kesulitan, saya telah dapat meningkatkan ilmu pengetahuan saya seperti saya dapat mengetahui tentang sejarah tamadun Islam, Cina, India dan Barat sekaligus. Walaupun tugasan saya hanyalah dari aspek sosial tetapi saya juga dapat megetahui dari aspek yang lain seperti politik, ekonomi, falsafah dan sebagainya.

Contohnya, dari aspek sosial iaitu pendidikan, pendidikan adalah lambang masyarakat yang bertamadun. Bangsa Barat khasnya Eropah telah mengambil inisiatif besar menterjemah malah mempelajari pelbagai jenis ilmu dari dunia Islam Sepanyol dan lain-lain wilayah di Timur Tengah. Ilmu-ilmu yang diterjemah itu merangkumi ilmu-ilmu falsafah, perubatan, astronomi, logic, akhlak, kimia dan algebra. Lahirlah universiti-universiti seperti Universiti Paris, Oxford, Naples dan Koln. Akhirnya Eropah telah berjaya melepasi Zaman Kelam menuju ke Zaman Pembaharuan (Renaissance).

Bagi tamadun Islam pula, Islam telah melahirkan antara tamadun yang terunggul di dunia. Ilmuan serta cendekiawan Islam seperti Ibn Sina atau Avicenna, Ibn Rushd atau Averroes dan Al-Khawarizmi telah menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi dunia. Malahan pembangunan ilmu dalam dunia Islam telah diakui sebagai pemangkin kepada Zaman Pembaharuan (Renaissance) di Eropah yang akhirnya melahirkan satu tamadun yang gemilang di sana. Dalam tamadun Cina pula, pendidikannya lebih terjurus kepada kepentingan untuk pentadbiran. Peperiksaan awam mengandungi tiga tahap, iaitu tahap pertama Hsiu Tai, tahap kedua Chun-Jen dan tahap ketiga Chin Shih. Peperiksaan tahap pertama dijalankan di daerah, tahap kedua di ibu kota daerah dan tahap ketiga di ibu kota empayar yang bertempat di istana, iaitu di hadapan maharaja. Peperiksaan awam tahap ketiga, diadakan tiga tahun sekali. Sistem peperiksaan awam China adalah yang tertua di dunia.

Akhir kata, saya berharap karya ilmiah ini amat bermanfaat bagi setiap lapisan masyarakat terutama golongan muda yang sentiasa melupakan tentang sejarah. Sekian, terima kasih.

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t dan salam perpaduan satu Malaysia saya ucapkan. Alhamdullilah, syukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnia serta inayahnye dapat kita merasai dan mengecapi kejayaan, kemewahan dan kesenangan yang melimpah ruah di bumi yang sementara ini. Setinggi-tinggi kesyukuran juga dipanjatkan ke atasNya kerana dengan izin dan hidayahNya, dapat saya dan rakan- rakan menyiapkan tugasan kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) yang ditugaskan oleh pensyarah kami Dr. Amini Amir Bin Abdullah dengan baik dan jayanya.

Pada kuliah kedua Dr. Amini, beliau telah menyuruh ketua bagi setiap kumpulan mencabut undi untuk menentukan tugasan yang perlu kami laksanakan agar tajuk tugasan yang diperolehi oleh setiap kumpulan tidak bertindih. Tajuk tugasan yang saya dan rakan-rakan perlu laksanakan ialah "Impak Positif dan Negatif Pengaruh Tamadun Barat Terhadap Tamadun Melayu, Cina dan India dari Aspek Sosial". Walaupun kelihatan seperti tajuk tugasan yang diberikan nampak mudah namun pencarian maklumat untuk tajuk ini perlukan kesabaran yang tinggi kerana ianya melibatkan tamadun dan impak.

Di sepanjang perjalanan kami untuk menyiapkan tugasan ini, pelbagai cabaran dan dugaan perlu kami tempuhi bersama-sama. Kami telah diuji dengan pelbagai tugasan-tugasan daripada pensyarah-pensyarah kami yang lain yang perlu dihantar pada masa yang sama sedangkan masa yang diperuntukkan untuk kami menyiapkan semua tugasan yang diberikan itu sangat singkat dengan jangka masa yang sangat padat. Tambahan itu, kami perlu melalui minggu-minggu ujian yang berlarutan sehingga 2 hingga 3 minggu yang telah menyebabkan kami hilang tumpuan terhadap tugasan kami dan lebih menumpukan perhatian yang lebih terhadap ujian-ujian yang perlu kami hadapi. Namun begitu, tumpuan kami tidak sepenuhnya terjerumus kepada ujian-ujian yang bakal kami hadapi itu kerana tugasan-tugasan yang diberikan oleh pensyarah kami juga amat penting kerana kami bukan sekadar mahu lulus tetapi lulus dengan cemerlang terhadap kursus-kursus yang telah kami duduki terutama kursus TITAS kerana tugasan esei ini adalah salah satu tugasan yang menyumbang banyak markah. Sentiasa berfikiran positif amatlah penting.

Setiap ujian, dugaan atau cubaan yang diberikan olehNya pasti ada hikmah disebaliknya yang kita tidak ketahui. Di samping keghairahan untuk mendapat markah yang tinggi, tidak dilupakan bahawa kami melaksanakannya bukan untuk ujian dan markah yg tinggi sahaja tetapi bagaimana cara kami melaksanakannya adalah yang paling di titik beratkan. Apabila kami bergraduasi nanti, semua kemahiran yang kami perolehi ini perlu dipraktikkan tidak mengira ketika bekerja mahu pun di dalam komunikasi seharian. Pelbagai kemahiran telah kami perolehi contohnya cara komunikasi yang baik di dalam kumpulan dan orang-orang sekeliling, bagaimana pembahagian tugas agar tugasan yang diberikan melahirkan impak yang baik apabila tugasan itu sudah disiapkan, dan menitik berat faktor masa yang singkat dan perlu memanfaatkannya dengan baik agar tidak berlaku sebarang kelewatan atau hasil yang tidak kemas pada penghujungnya nanti.

Di kesempatan ini juga, ingin saya dan rakan-rakan menghulurkan rasa terima kasih terutama kepada Dr. Amini Amir Bin Abdullah kerana dengan tunjuk ajar dan bimbingan beliau kami dapat menyiapkan tugasan yang telah diberikan dengan sebaik mungkin. Di samping itu, ucapan sayang dan terima kasih saya tujukan kepada kedua-dua ibu bapa saya yang tidak putus-putus mendoakan kejayaan anaknya ini di dunia mahu pun di akhirat. Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang telah banyak bertungkus-lumus dan memberikan kerjasama yang baik dengan saya dalam menyiapkan tugasan ini. Juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka-mereka yang di belakang tadbir yang juga menyumbangkan idea-idea yang bernas. Tanpa mereka semua, berkemungkinan tugasan ini tidak dapat dijayakan dengan baiknya.

Akhir kata, diharap hasil kerja kami ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh generasi-generasi yang akan datang, juga sebagai peringatan kepada kami sendiri bahawa bukan mudah tamadun itu terbina tanpa tapak asas yang kukuh. Apabila terbinanya ia, hargai dan manfaatkanlah dengan sebaiknya untuk pembangunan insan yang cemarlang, gemilang dan terbilang. Sekian. Wassalam.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Assalamualaikum dan salam perpaduan. Alhamdullillah , bersyukur kepada Allah S.W.T, Tuhan Pencipta sekalian alam kerana dengan limpah nikmat dan kurnianNya serta izinNya , dapatlah kiranya saya dan rakan - rakan menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Terima kasih juga kepada ayahanda dan bonda yang banyak memberi sokongan moral untuk saya menyiapkan tugasan ini. Sekalung terima kasih juga diucapkan kepada Dr. Amini Amir Abdullah, Pensyarah TITAS kumpulan 14 yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan panduan kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini.Selain itu terima kasih juga kepada rakan - rakan dan juga orang ramai yang banyak membantu untuk kami sekumpulan merealisasikan penulisan ini sama ada secara langsung atau pun secara tidak langsung.

Kursus SKP2203 atau lebih dikenali sebagai TITAS merupakan suatu subjek yang dipandang mudah dan menganggap suatu kursus yang membosankan oleh kebanyakan mahasiswa di universiti. Walhal, kursus TITAS ini diwajibkan semua mahasiswa mengambilnya kerana terdapat objektif yang tersendiri seperti memupuk persefahaman tulen dan sikap hormat menghormati di kalangan rakyat pelbagai agama, keturunan, bangsa dan budaya khususnya dikalangan generasi yang bakal menjadi pemimpin negara, demi mencapai perpaduan dan keutuhan negara dan memperkukuhkan jati diri Malaysia sebagai negara majmuk yang mengamalkan toleransi tinggi. Oleh hal yang demikian kursus ini merupakan kursus yang penting dan wajar diberi perhatian penuh walaupun kursus ini seakan mempelajari sajarah tetapi kursus ini tetap merupakan suatu bentuk ilmu. Menuntut ilmu itu sangat penting tanpa mengira ape jenis ilmu selagi tidak bertentangan syarak kerana "Ilmu pengetahuan itu akan menjadi perhiasan bagi pemiliknya dalam waktu makmur dan akan menjadi penolong dalam masa-masa krisis." (Ibnu Muqaffa').

Tajuk tugasan kami untuk kursus TITAS ini ialah "Impak negatif dan positif tamadun Barat terhadap tamadun Islam , Cina dan India dalam aspek sosial.Tajuk ini sangat menarik kerana melalui tugasan ini kami akan mengetahui apakah pengaruh - pengaruh yang telah di bawa oleh tamadun Barat kepada tamadun Islam, Cina dan India. Walau bagaimanapun, terdapat kesulitan untuk mendapatkan maklumat untuk menyiapkan tugasan ini. Hal ini kerana kekangan masa dan kesibukan kami dalam tugasan - tugasan lain. Alhamdulliah, syukur kehadrat Ilahi kerana berkat kesabaran yang dikurniakanNya akhirnya kami berjaya menyiapkan tugsan ini mengikut tarikh yang ditetapkan. Selain itu, melalui tugasan ini, kami juga mempraktikkan kemahiran kerja berkumpulan di mana kami telah membahagikan kerja - kerja tertentu kepada setiap ahli kumpulan. Bidang tugas yang saya perolehi ialah mencari maklumat tentang pengaruh tamadun Barat terhadap tamadun Islam, Cina dan India dari aspek pendidikan. Tugasan ini nampak mudah tetapi sukar terutamanya untuk mencari bukti dan maklumat terutamanya mengenai pengaruh tamadun Barat terhadap tamadun Cina dan India. Hal ini kerana maklumat yang saya perolehi adalah terhad.

Dalam tugasan ini, pelbagai faedah dan penambahan ilmu pengetahuan yang saya terima. Sebagai contoh, melalui tugasan ini baharulah saya sedar bahawa pendidikan merupakan aspek yang sangat penting dalam proses membentuk ketamadunan. Hal ini kerana pendidikan adalah lambang masyarakat bertamadun dan beberapa tamadun dunia yang muncul telah meletakkan pendidikan sebagai aspek yang terpenting. Hal ini kerana, institusi pendidikan memainkan peranan untuk membangunkan negara atau dengan kata lain mentamadunkan rakyat. Selain itu, melalui tugasan ini saya dapat ketahui bahawa suatu tamadun itu saling bergantungan dengan tamadun lain. Sebagai ontoh, tamadun Islam telah melakukan proses penterjemahan karya - karya tulisan tamadun Barat dan sebaliknya. Melalui tugasan ini juga, saya telah mengalami pelbagai pengalaman pahit manis sepanjang proses merealisasikan tugasan ini.

Sebelum mengakhiri penulisan ini, ingin saya kongsikan bahawa "sejarah adalah untuk pengetahuan manusia itu sendiri. Satu - satunya petunjuk apa yang manusia boleh lakukan pada masa akan datang adalah apa yang manusia telah lakukan dahulu .Kemudian, nilai sejarah ialah sesuatu yang mengajar apa yang manusia telah lakukan dan itulah manusia." (Robin G. Collingwood, 1946). Akhir kata, sekalung asprisiasi sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam menelesaikan tugasan ini. Sekian.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera diucapkan. Pertama sekali saya ingin mengucapkan rasa syukur kehadrat Allah S.W.T. kerana tanpa berkat, rahmat dan nikmatNya, tidak akan dapat saya dengan ahli-ahli kumpulan menyiapkan projek ini dengan berjaya dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Kami telah bertembung dengan pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang proses menyiapkan projek ini, tetapi dengan kesabaran dan ketabahan yang diberi Allah S.W.T, kami dengan jayanya telah mengharungi kesemuanya. Ingatlah bahawa semua perkara adalah daripada Allah S.W.T termasuk cabaran, dan mesti terdapat hikmah disebaliknya.

Tamadun Islam dan Tamadun Asia, kod program SKP 2203 yang lebih dikenali dengan singkatan TITAS merupakan satu kursus wajib yang perlu diduduki oleh semua pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk bergraduat. Bagi kursus ini, pelajar-pelajar diberikan markah melihat kepada ujian satu, peperiksaan akhir dan projek ini yang termasuk pembentangan mengenai tajuk masing-masing. Namun begitu, projek inilah yang harus diberikan penekanan lebih oleh sebab ia merupakan penyumbang markah yang paling tinggi untuk kursus ini.

Sebelum ini, saya mempunyai tanggapan negatif terhadap kursus ini kerana ia merupakan subjek sejarah yang berasaskan fakta. Saya bukanlah peminat subjek sejarah daripada zaman sekolah menengah lagi sebab ia memerlukan banyak membaca dan lebih tertumpu kepada penghafalan fakta dan tarikh-tarikh penting. Namun, pada kelas pertama, semua itu telah berubah hasil pensyarah kami, Dr. Amini Amir Abdullah yang mengajar subjek ini dengan gigih dan bersemangat hingga mampu menangkap perhatian dan minat saya. Ribuan terima kasih diucapkan kepada beliau juga kerana telah memberi kami peluang untuk membuat projek ini. Pada kelas pertama, kami telah diminta untuk membentuk kumpulan sendiri yang terdiri daripada lima hingga enam orang. Kemudiannya, setiap kumpulan telah mencabut undi untuk mendapatkan tajuk projek daripada tajuk-tajuk yang sedia ada. Kami telah mendapat tajuk 'Impak Positif dan Negatif Tamadun Barat kepada Tamadun Islam, Cina dan India dari Aspek Sosial'. Tambahan kepada menyiapkan projek ini, saya juga dapat mempelajari dengan lebih mendalam tentang setiap tamadun dan juga bahawa setiap tamadun mempunyai sumbangannya yang tersendiri kepada masyarakat kita sekarang. Selain itu, saya juga mendapat tahu bagaimana kemuculan tamadun Barat telah mempengaruhi tamadaun Islam, Cina dan India daripada aspek sosial.

Tidak lupa juga kepada ahli-ahli kumpulan saya yang telah berjuang bersama-sama saya dari mula hingga ke akhir projek ini. Tanpa bantuan mereka, tugasan ini tidak akan dapat disiapkan dengan sempurna dan dalam masa yang ditetapkan. Kami telah mengagihkan kerja-kerja sama rata antara semua agar adil. Kami telah belajar bagaimana untuk bekerjasama dalam kumpulan yang merupakan satu sikap yang sangat penting bukan sahaja untuk zaman universiti, malah untuk zaman perkerjaan akan datang juga. Kami juga saling tolong-menolong sesama sendiri untuk mencari maklumat, supaya tidak terlepas pandang mana-mana maklumat yang boleh digunakan untuk projek ini. Sebarang masalah telah diharungi kami bersama bak kata pepatah 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.' Dengan semangat ketekunan dan berkat usaha gigih yang ada pada setiap ahli kumpulan, projek ini dapat disiapkan dengan sebagus mungkin.

Terima kasih juga kepada kedua ibubapa tersayang yang telah memberi dorongan dan kata-kata semangat untuk menyiapkan projek ini. Mereka tidak pernah putus asa dengan saya, malah percaya dengan saya. Ini telah memberikan saya keyakinan diri yang merupakan sangat penting kepada seseorang individu. Tanpa keyakinan diri, pasti susah kerana kita akan tidak tentu hala. Akhir sekali, kepada sesiapa yang menolong saya secara sedar ataupun tidak sedar dengan projek ini, saya ucapkan terima kasih ikhlas dari hati. Dengan bantuan kalian semua, projek ini telah siap dengan berjayanya.

Saya membuka kata dengan salam sejahtera kepada pensyarah Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) yang amat saya hormati, Dr Amini Amir Abdullah, rakan-rakan saya yang bersama-sama menyiapkan projek ini, dan pembaca-pembaca sekalian. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Amini Amir Abdullah dan juga ahli-ahli kumpulan saya yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya mengusahakan projek ini. Saya ingin menunjukkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka yang telah banyak membantu dalam menyempurnakan projek TITAS ini bagi memenuhi keperluan kursus. Saya amat bersyukur berpeluang untuk terlibat dalam projek "Impak Negatif dan Positif Pengaruh Tamadun Barat terhadap Tamadun Islam, Tamadun Cina dan Tamadun India".

Semasa menyiapkan projek ini, saya mendapat pelbagai pelbagai pelajaran dan pengetahuan yang berharga yang dapat saya praktikkan sepanjang berada di universiti. Sebagai contoh, saya dapat mempelajari kaedah-kaedah untuk mencari maklumat dari pelbagai jenis sumber seperti internet, jurnal, surat khabar dan sebagainya. Saya juga mempelajari cara-cara untuk menulis jurnal. Sesungguhnya kemahiran seperti yang dinyatakan di atas akan membantu saya untuk menyiapkan projek-projek yang akan dipikul pada masa kelak. Diharap sebarang kekurangan dalam jurnal ini dapat dimaafkan dan biarlah kesalahan-kesalahan yang ada dijadikan sebagai motivasi kepada saya untuk terus membaiki diri.

Semasa menyiapkan projek ini, saya mempelajari pentingnya menggunakan masa saya dengan efektif untuk menyempurnakan tugasan yang telah diagihkan. Saya telah mengetahui lebih banyak mengenai tamadun-tamadun yang dikaji seperti Tamadun Cina, Tamadun Islam, Tamadun India dan juga Tamadun Barat. Selain itu, saya mempelajari iktibar dan pengajaran yang bermakna daripada kisah-kisah tamadun silam ini. Kemajuan, kemakmuran dan ketenteraman hidup tamadun-tamadun tersebut merupakan hasil kerjasama dan toleransi masyarakat yang hidup pada jangka masa tamadun tersebut. Kita pada zaman sekarang boleh mempelajari dan mengikuti nilai-nilai murni yang dipegang masyarakat tamadun terdahulu. Oleh itu, adalah sangat penting bagi generasi sekarang untuk mempelajari tentang tamadun-tamadun awal dunia dan sedar bahawa mereka boleh menyumbang ke arah kebaikan semua tidak kira bangsa ataupun agama.

Oleh sebab itu, TITAS merupakan satu subjek yang amat penting bagi setiap pelajar. Walaupun TITAS merupakan subjek yang amat membebankan bagi pelajar kerana tugasan yang berat, subjek ini penting bagi kepentingan nasional. Mungkin terdapat segelintir pelajar universiti terutamanya pelajar Universiti Putra Malaysia merasakan bahawa subjek ini hanya sekadar sebagai keperluan untuk bergraduat. Namun, subjek ini mengajar bahawa pentingnya kerjasama dan toleransi sesama budaya yang berlainan untuk kesejahteraan sejagat. Bagi tugasan ini, kumpulan yang terdiri daripada kaum yang berlainan seperti yang dikehendaki pensyarah kami harus dibentuk. Saya amat menghargai niat baik beliau kerana saya mendapat satu pengalaman yang amat istimewa bekerjasama dengan ahli-ahli kumpulan saya.

Semasa mengendalikan projek ini, saya sedar bahawa kerjasama antara ahli kumpulan adalah sangat penting dan semangat kerjasama inilah yang akan menentukan sama ada projek ini dapat disiapkan dengan sempurna ataupun tidak. Berkat usaha gigih dan semangat ketekunan yang ada pada setiap ahli kumpulan, kami telah memainkan peranan masing-masing dalam melakukan projek ini. Kami bukan sahaja berkongsi maklumat yang telah dicari, malahan menilai kelemahan setiap ahli kumpulan lalu memperbaikinya untuk memperolehi output yang terbaik.

Akhir kata, saya ingin merakam ribuan terima kasih sekali lagi kepada pensyarah TITAS, Dr Amini Amir Abdullah atas dorongan dan tunjuk ajar beliau yang tidak ternilai. Saya juga ingin menunjukkan penghargaan saya kepada rakan-rakan sekumpulan saya yang telah sama-sama meluangkan masa untuk menyempurnakan tugasan ini. Dengan usaha yang gigih dan tanpa berputus asa, barulah kami dapat menyiapkan tugasan ini. Saya berharap projek ini dapat memberi ilmu dan hikmah kepada pembacanya yang meneliti isi kandungannya.

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum w.b.t. dan salam perpaduan. Bersyukur kepada Allah S.W.T. Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaan-Nya, hasrat dan wawasan kami untuk menyiapkan karya ilmiah yang bertaju "Impak Negatif dan Positif Pengaruh Tamadun Barat Terhadap Tamadun Islam, Cina dan India" ini telah terhasil dengan jayanya. Semasa menyiapkan karya ini, kami telah melalui pelbagai cabaran, kesulitan, kepayahan serta rintangan untuk menghasilkan karya ilmiah yang amat bermanfaat kepada umum. Walau bagaimanapun, cabaran-cabaran tersebut telah kami atasi dengan kerjasama kumpulan dan berkat kesababran yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. Melalui penghasilan karya ini, kami juga telah menimba banyak ilmu pengetahua dan pengalaman yang amat bermanfaat dan bermakna dalam hidup kami. Selain itu, kami telah mendapat pelbagai kemahiran insaniah yang mampu membantu kami meningkatkan keyakinan diri dalam menempuh cabaran pada masa akan datang.

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Amini Amir Bin Abdullah selaku pensyarah Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) kumpulan 14 atas segala nasihat dan tunjuk ajar kepada kami untuk menyiapkan karya ilmiah ini. Selain itu, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ayahanda, bonda serta seluruh keluarga kami yang telah memberi dorongan dan sokongan moral mereka kepada kami sepanjang proses menyiapkan karya ini. Di samping itu, tahniah dan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli kumpulan yang menyumbang idea dan kerjasama yang sangat memuaskan. Tanpa mereka karya ilmiah ini tidak mungkin akan terhasil dengan jayanya.

Akhir kata, sekalung aspirasi dihulurkan kepada semua pihak yang terlibat menyumbang secara langsung atau tidak langsung kepada kejayaan menerbitkan buku ini. Sesungguhnya sumbangan kalian amat dihargai.

PENDAHULUAN

Pertembungan antara tamadun biasanya dikaitkan dengan perubahan samada perubahan tersebut kearah sesuatu yang lebih baik atau sebaliknya. Misalnya, suatu ketamadunan yang konvensional boleh menggunakan teknologi dan ilmu dari ketamadunan lain untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi mereka. Ini dilihat sebagai pengaruh positif dari ketamadunan lain. Namun, ada juga pengaruh-pengaruh negatif seperti dalam aspek sosial dan kebudayaan yang mungkin tidak sejajar dengan kepercayaan dan pemikiran tamadun tersebut. Pengaruh seperti ini berlaku secara langsung dan tidak langsung.

Budaya Barat yang dibawa oleh orang-orang Eropah seringkali dikaitkan dengan kesan negatif apabila dibincangkan oleh orang-orang Asia khususnya Asia Timur. Tamadun Asia selalunya berteraskan kepercayaan dan agama sesuatu kaum. Prinsip ini dicerminkan dalam pentadbiran dan cara sesuatu kaum itu bermasyarakat. Hal ini dapat dilihat dengan jelas dalam ketamadunan Islam dimana agama Islam mencorak setiap aspek kehidupan baik dari segi pentadbiran dan ketenteraan mahupun hal jual beli dan perkahwinan. Ini adalah prinsip yang tidak dibawa oleh tamadun Barat yang memberi lebih fokus kepada kekayaan dan kemajuan.

Sesuatu tamadun akan menilai sendiri nilai-nilai yang dirasakan baik atau tidak baik bagi mereka. Sebagai contoh, pendidikan sekular mungkin dilihat oleh dunia Barat sebagai alternatif yang lebih berkesan untuk mendalami ilmu sains dan teknologi. Hal ini berlainan dengan tamadun Islam dimana mempelajari ilmu itu adalah sebahagian daripada ibadah dan tidak dipisahkan dengan agama. Kesan-kesan negatif seperti pendidikan sekular, pergaulan bebas, sikap materialistik adalah antara impak negatif budaya barat di Malaysia. Impak positif seperti kemajuan sains dan teknologi membantu tamadun-tamadun asia untuk membangun. Kedatangan orang-orang barat melalui penjajahan dan perdagangan mewujudkan sistem pengangkutan yang baik seperti penggunaan keretapi. Pengaruh dunia barat diperkuatkan lagi dengan arus globalisasi dimana tamadun-tamadun lain ingin mengejar kemajuan. Namun, kebudayaan Asia dan ciri-ciri ketimuran masyarakat Asia terjejas dalam proses arus modenisasi ini.

Oleh itu, adalah penting bagi tamadun Asia untuk mengenalpasti kesan-kesan budaya barat dan menilai sendiri kebaikan dan keburukan yang dibawa dengan harapan bahawa kemajuan yang dicapai adalah selaras dengan jati diri dan kepercayaan tamadun itu sendiri.

DEFINISI

Budaya Barat

Budaya Barat menurut istilah adalah budaya orang-orang Eropah. Namun, istilah ini sebenarnya lebih tertumpu kepada budaya orang putih, tidak semestinya berasal dari Barat. Oleh itu, budaya masyarakat di negara-negara yang di dominasi oleh orang kulit putih seperti Australia dan New Zealand juga termasuk dalam istilah budaya Barat.

Tamadun Islam

Tamadun Islam merujuk kepada ketamadunan dan masyarakat yang di dominasi oleh orang Islam. Ketamadunan tersebut berasaskan agama Islam sebagai teras. Oleh demikian, tamadun ini tidak khusus untuk suatu kaum. Tamadun Islam biasanya dikaitkan dengan kaum Arab dan penyebaran agama Islam dari Arab ke negara-negara yang kini menjadikan Islam sebagai agama rasmi.

Tamadun Cina

Tamadun Cina merujuk kepada tamadun orang berbangsa Cina. Tamadun ini tidak diasaskan oleh agama tetapi lebih kepada pemerintahan maharaja dan golongan bangsawan Cina. Tamadun Cina biasanya di kaitkan dengan ketamadunan di negara Cina, lebih dikenali dengan 'Dinasti'.

Tamadun India

Tamadun India merujuk kepada tamadun orang berbangsa India. Biasanya dikaitkan dengan tamadun yang berpusat di lembah Sungai Indus. Tamadun India merangkumi sistem sosial, politik, falsafah dan agama. Namun, agama tidak dijadikan teras kepada aspek-aspek tamadun ini.

PERMASALAHAN DAN PERSOALAN KAJIAN

Isu pengaruh barat terhadap tamadun Islam, Cina dan India membangkitkan beberapa persoalan penting yang perlu dijawab dengan jelas dalam tugasan ini. Berikut adalah persoalan dan permasalahan utama yang menjadi fokus tugasan ini.

  1. Bagaimana tamadun barat mempengaruhi aspek pendidikan, sains dan teknologi, senibina, dan kebudayaan tamadun Islam, Cina dan India?
  2. Apakah kesan pengaruh barat terhadap tamadun Islam, Cina dan India yang dapat dilihat di masa kini?
  3. Apakah pengajaran yang boleh diambil hasil daripada pertembungan budaya barat dengan tamadun Islam, Cina dan India?

SOROTAN LITERATUR DAN

KAJIAN TERDAHULU

Pertembungan antara tamadun sudah tentu memberi kesan baik positif mahupun negatif bagi tamadun yang terlibat. Pengaruh globalisasi kerap kali di bangkitkan apabila membincangkan kesan-kesan budaya Barat terhadap tamadun Islam, Cina dan India. Keseluruhan dunia hari ini kelihatan seolah-olah 'sebuah dunia Barat yang besar' yang bersfat hegemoni, yang tidak memperlihatkan identiti selain daripada tamadun Barat. Pengaruh ini bermula dengan penjajahan dan pengaruh perdagangan tamadun Barat di masa dahulu. Orang Barat memperkenalkan teknologi dan pemikiran mereka kepada tamadun-tamadun Asia. Hal ini diperkukuhkan dengan arus globalisasi[1].

Kajian-kajian terdahulu lebih tertumpu kepada impak globalisasi terhadap tamadun-tamadun ini. Menurut Chandra, antara aspek positif kesan daripada budaya barat adalah peluang yang lebih luas untuk mendapatkan maklumat dan menyebarkan ilmu pengetahuan berkat daripada teknologi baru. Tamadun Barat juga memperkenalkan asas sistem pentadbiran dan perundangan yang baik. Sistem asas ini di adaptasi kepada sistem masa kini dan masih dijadikan panduan[2].

Antara pengaruh dan kejayaan yang paling besar ialah dengan menanamkan sistem politik demokrasi sebagai dasar pemerintahan sesebuah negara. Kebanyakan negara di dunia mengamalkan sistem ini yang telah mengundang pelbagai polemik sama ada yang baik mahupun yang buruk. Sementara kegagalan yang paling besar ialah apabila negara-negara bekas jajahan yang mengamalkan sistem demokrasi 'kurang cerdik' untuk mengIslamkan atau membudayakan sistem tersebut mengikut suasana setempat. Demokrasi berpegang atas prinsip "It is a government of the people, by the people and for the people" (kerajaan rakyat dari rakyat untuk rakyat) dengan bersandarkan kepada kebebasan (freedom) tanpa bertunjangkan kepada nilai-nilai murni telah merosakkan kehidupan bermasyarakat sama ada di barat mahupun negara-negara lain yang mengambil sistem ini secara membuta tuli[3].

Oleh itu, kajian yang lebih mendalam perlu dilakukan untuk mengenalpasti sejauhmanakah budaya Barat mempengaruhi tamadun Islam, Cina dan India dari pelbagai aspek. Kajian yang menyeluruh akan melibatkan terlalu banyak masa dan tenaga. Maka, kajian ini akan memberi fokus kepada kesan positif dan negatif dalam aspek pendidikan, sains dan teknologi, senibina dan kebudayaan.

KAEDAH PENYELIDIKAN

Beberapa kaedah telah digunakan dalam proses kajian tugasan ini. Kaedah-kaedah ini meliputi kajian lapangan dan juga kajian perpustakaan. Berikut adalah huraian kepada kaedah yang digunakan.

  1. Sumber internet
  2. Teknologi internet digunakan sebagai salah satu kaedah kajian dan cara mendapatkan maklumat. Internet adalah cara yang pantas dan mudah. Walaupun ramai yang berpendapat sumber internet tidak sekukuh sumber ilmiah seperti journal dan buku. Namun, internet memberi gambaran awal isu-isu semasa yang terkini. Dalam kajian ini misalnya, arus globalisasi adalah isu terkini apabila membincangkan pengaruh budaya Barat.

  3. Pencarian bahan bacaan di perpustakaan
  4. Ahli-ahli kumpulan kami telah pergi ke perpustakaan Sultan Abdul Samad bagi mencari maklumat berkenaan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada setiap individu. Bahan penulisan seperti buku ilmiah, jurnal-jurnal, majalah-majalah dan keratan-keratan akhbar adalah antara sumber-sumber yang diambil kira dalam pencarian tersebut.

  5. Wawancara
  6. Kami juga telah melaksanakan satu wawancara bagi mendapatkan pandangan pakar mengenai pengaruh barat dalam sistem pendidikan. Ahli kumpulan kami telah mewawancara Datin Dr Sarvinder Kaur dari Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia.

    ISI HURAIAN

    Pendidikan

    Pendidikan adalah lambang masyarakat yang bertamadun.Keadaan ini dibuktikan dengan beberapa tamadun dunia yang muncul dan hilang telah meletakkan pendidikan di tempat teratas bersama industri perdagangan, ketenteraan dan pengangkutan. Walau bagaimanapun, terdapat banyak pengaruh tamadun Barat terhadap tamadun Islam, Cina dan India dari aspek pendidikan. Hal ini demikian kerana, sesuatu tamadun itu saling memerlukan dan bergantung kepada tamadun yang lain dan pertembungan tamadun ini telah membawa impak positif mahupun negatif.

    Antara pengaruh tamadun Barat terhadap tamadun Islam ialah daripada aspek perkembangan bidang pendidikan. Sebagai contoh, proses penterjemahan ilmu pengetahuan dan karya yang dipusakai oleh bangsa Rom dan Parsi (tamadun Barat) dilakukan dengan giat di zaman kegemilangan tamadun Islam. Buktinya, sebuah pusat penterjemahan untuk menterjemahkan karya tokoh Yunani ke dalam bahasa Arab telah dibina di Toledo. Kesan daripada proses penterjemahan karya yang giat dilakukan itu telah membawa kepada kepesatan perkembangan ilmu pengetahuan. Perkembangan penterjemahan ini menunjukkan pengaruh yang diserapkan oleh tamadun Barat ke atas tamadun Islam telah memberi impak yang positif.

    Di samping itu, tamadun Islam juga mengaplikasikan sistem pendidikan Barat dalam sistem pendidikan mereka. Menurut Ahmad Tafsir[4] "keazaman pengelola sekolah pendidikan Islam untuk meningkatkan kualiti pengajaran; mereka menggunakan teori Barat tetapi dalam pembiayaan perjalanan pentadbiran sekolah seperti gaji guru, kemudahan dan perkhidmatan sangat sedikit". Ini menunjukkan bahawa, sistem pendidikan Barat bukan sahaja digunakan dalam sistam pendidikan sekolah kebangsaan malah sekolah pendidikan Islam. Walaupun penggunaan sistem pendidikan Barat sedikit sahaja diasimilasikan dalam sekolah pendidikan Islam, tetapi cukup untuk membuktikan bahawa pengaruh positif yang dibawa oleh tamadun Barat terhadap tamadun Islam telah memberi impak yang positif.

    Tambahan pula, sistem pendidikan pada masa kini telah mula menerapkan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar telah memberi ruang kepada rakyat untuk memperbaiki diri dan membuat persediaan untuk ke peringkat global kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yag digunakan seluruh dunia. Maka jelaslah pengaruh tamadun barat dari aspek penggunaan Bahasa Inggeris telah memberi impak positif.

    Selain itu, sistem pendidikan Barat juga telah mempengaruhi sistem pendidikan di Malaysia. Menurut Datin Dr. Sarvinder Kaur[5], "Barat telah memberi kesan yang besar dalam sistem pendidikan Malaysia apabila terbentuknya Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) yang mengasingkan pelajar mengikut kaum." Pengasingan pelajar mengikut kaum merupakan suatu tindakan yang kurang wajar berikutan ketiga - tiga kaum utama ini tinggal bersama dan perlu perpaduan dan persefahaman untuk mencapai keamanan. Oleh itu, tindakan pengaruh Barat ini adalah untuk mengurangkan perpaduan antara ketiga - tiga kaum yang memberi impak negatif.

    Walau bagaimanapun pendidikan Barat mengutamakan hal-hal kebendaan sahaja dan meminggirkan hal - hal keduniaan.. Menurut Maulana Syed Abul-Hasan 'Ali al-Nadawi rh[6]beliau menyebut beberapa kritikan almarhum Muhammad Iqbal rh dengan penuh persetujuan terhadap pendidikan moden. Antaranya ialah bagaimana pendidikan moden telah mengabaikan pembangunan mental dan rohaniah generasi muda yang mengakibatkan timbulnya krisis moral dalam kalangan mereka. Beliau turut berkata "Dengan itu pendidikan Barat menjadi alat penjajahan ke atas negara-negara Timur". Berdasarkan petikan tersebut dapatlah kita melihat pada masa kini bahawa gejala sosial semakin berleluasa akibat daripada pengaruh tamadun Barat. Sebagai contoh, gejala sosial seperti bohsia, buli di sekolah, lari dari rumah, buang bayi, rogol dan penganiayaan kanak-kanak adalah simptom yang muncul kerana kegagalan sistem pendidikan, institusi kekeluargaan dan penguatkuasaan. Simptom - simptom gejala sosial ini semakin meningkat dan meninggalkan impak negatif terhadap tamadun Islam. Maka jelaslah pendidikan Barat juga telah memberikan impak negatif apabila gejala sosial semakin meningkat di tamadun Islam.

    Dengan bukti-bukti yang telah dinyatakan jelaslah bahawa sistem pendidikan tamadun Islam banyak dipengaruhi oleh sistem pendidikan tamadun Barat sama ada dari aspek perkembangan bidang pendidikan, sistem pendidikan Barat, penggunaan Bahasa Inggeris,pembentukkan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dan sukatan pelajaran yang telah memberi impak positif dan negatif.

    Selain itu, tamadun Barat juga mempengaruhi sistem pendidikan tamadun India. Sebagai contoh, penggunaan Bahasa Inggeris digunakan secara meluas dalam sistem pendidikan tamadun India. Buktinya, Lord William Ventick [7]telah menubuhkan sekolah dan maktab yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Antara institusi pengajian tinggi yang telah ditubuhkan oleh beliau yang berorientasikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar ialah Maktab Perubatan Taltutta. Institusi pengajian tinggi tersebut juga turut mengajar ilmu sains Barat. Ini menunjukkan bahawa Lord William Ventick telah mengasimilasikan pengaruh Barat dalam pendidikan di India. Pengaruh yang dibawa oleh beliau telah membawa kepada perkembangan ilmu di India yang merupakan suatu impak yang positif dan wajar diteruskan.

    Dalam tamadun Cina pula, tamadun Barat tidak ketinggalan untuk mengasimilasikan pengaruhnya. Buktinya, seramai tiga pulah orang Cina dihantar belajar ke Amerika Syarikat pada tahun 1872 hingga 1881 untuk mendapat pendidikan Barat. Apabila pelajar-pelajar yang mendapat pendidikan barat ini pulang kembali ke negara asal, mereka menjadi pemimpin-pemimpin pertubuhan atau gerakan tertentu. Keadaan ini menunjukkan tamadun Cina menyanjungi rakyat mereka yang menerima pendidikan Barat dengan dibenarkan menjadi pemimpin. Malahan, pembaharuan pendidikan yang dibawa di dalam tamadun Cina telah melahirkan tokoh-tokah ilmuan yang terkenal. Sebagai contoh tokoh Yuan Shi Kai yang terpengaruh dengan ideologis Barat dan mengkehendaki pemodenan di China dilakukan. Selain itu, tokoh Tsai Wuan Pei turut menyebarkan ideologis barat kepada pelaja-pelajar universiti di Peking. Bukti - bukti tersebut telah menujukkan bahawa tamadun Barat telah memberi impak positif terhadap tamadun Cina dari aspek pendidikan.

    Sains dan Teknologi

    Tamadun Barat memberi pelbagai kesan, baik mahupun buruk kepada tamadun-tamadun di Asia. Setelah hubungan sesama tamadun dijalin, proses pertembungan dan asimilasi berlaku pada tahap yang dinamik. Proses tersebut, digelar sebagai "adapt and adopt" mempunyai kesan-kesannya tersendiri. Sains dan teknologi merupakan salah satu daripada aspek "adapt and adopt".

    Antara pengaruh tamadun Barat terhadap tamadun Islam, Cina dan India dari aspek sains dan teknologi adalah dari segi pertanian. Antara sains dan teknologi tamadun Barat yang diguna pakai oleh tamadun-tamadun di Asia adalah sistem tanaman bergilir. Pada abad ke-18, Charles Townshend telah mencipta dan menggunakan sistem tanaman bergilir yang moden yang digelar sebagai "four-field crop rotation". Sistem ini merupakan tulang belakang kepada Revolusi Pertanian British. Dalam usaha perluasan kuasa British, teknologi ini diguna pakai oleh petani-petani di negara-negara Asia seperti India dan Tanah Melayu.

    Di samping itu, "Pythagoras' theorem" yang terdapat dalam subjek Matematik diguna pakai kebanyakan di tamadun Islam, Cina dan India. Penggunaan "Pythagoras' Theorem" ini mempunyai banyak kegunaan dalam pelbagai bidang seperti astronomi, astrologi, pertanian dan seni bina. Teori Phythagoras ini merupakan teori matematik yang paling popular dan dihasilkan oleh Phythagoras, seorang ilmuwan Greece.

    Pada abad ke-16, golongan Jesuit memainkan peranan yang amat penting dalam penyebaran ilmu pengetahuan sains dan teknologi tamadun Barat di negara China yang pada masa itu dikuasai oleh Dinasti Ming. Antara pengetahuan golongan Jesuit yang telah disebarkan ke negara China adalah seperti ilmu astronomi, kalendar, hidraulik, matematik dan geografi yang diguna pakai oleh Dinasti Ming. Buku-buku tentang subjek-subjek tersebut telah diterjemahkan oleh golongan Jesuit untuk kegunaan para ilmuan Dinasti Ming. Sebagai contoh, Sabatino de Ursis dengan Matteo Ricci menterjemah Elements yang ditulis oleh Euclids ke bahasa Cina. Mereka juga telah menerbitkan buku dalam Bahasa Cina tentang teknologi hidraulik Barat.

    Tamadun Barat memiliki banyak aspek-aspek positif yang memanfaatkan kehidupan seharian manusia. Tamadun Barat boleh menyumbang kepada kemajuan and permodenan dengan kemajuan matematik, ilmu pengetahuan alam dan teknologi yang sedia ada. Ia menawarkan pelbagai cara dan kaedah yang tidak pernah ada sebelumnya. Di antara ciri tamadun Barat yang penting adalah ia merupakan tamadun yang terus berkembang. Selain itu, ia memberikan insentif kepada manusia untuk mencipta. Tamadun Barat memastikan masyarakat di mana kebebasan individu dan hak-hak asasi dihormati. Dengan suasana yang kondusif ini, daya inovatif dan kreatif boleh dipupuk.

    Walau bagaimanapun, tamadun Barat pada kenyataannya merupakan tamadun yang mementingkan kemampuan dan tidak bersifat mengejar tujuan yang murni. Aspek-aspek negatif daripada tamadun Barat adalah mereka yang berkompromi dengan agama, kebajikan dan prinsip-prinsip manusia yang berdasarkan ajaran agama dan etika. Mereka mengakibatkan krisis, konflik dan perang antara negara. Mereka membahayakan kemajuan ilmu pengetahuan, sains dan teknologi.

    Kita tidak boleh terlalu bergantung kepada tamadun lain untuk selamanya. "Kalaulah nikmat sains dan teknologi yang di sekeliling kita yang kita pinjam daripada orang lain ditarik balik dan hanya tinggal sains dan teknologi yang berasal daripada kita sendiri, tentu kita akan terasa dan nampak kepapaan kita dalam hal ini. Perspektif ini menjadi petunjuk ke arah kesedaran yang lebih insaf".[8] Oleh itu, tiap-tiap tamadun perlu bersaing agaria boleh membawa tamadun masing-masing ke tahap yang lebih maju. Hal ini demikian kerana, persaingan adalah bentuk pembelaan yang berkesan, dan sains dan teknologi adalah senjata berasingan.

    Senibina

    Seni bina Islam telah bermula sejak berkurun tahun dahulu. Ia berkembang seiring dengan seni ukir dan seni khat yang banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur yan kuat daripada ayat-ayat Al-Quran, hadith-hadith nabi dan syair-syair bahasa arab. Walaupun selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w, nabi junjungan seluruh umat Islam, ia tidak menghalang umat Islam untuk meneruskan lagi seni bina Islam sehingga ke zaman Bani 'Umayyah seperti Istana 'Amarah yang terletak di timur Laut Mati dan di Masjid al-Haram tersergam indah dengan seni bina Islam dan ukiran yang bercirikan Islam.

    Unsur seni bina Islam telah sedikit sebanyak dipengaruhi oleh tamadun Barat apabila di zaman kerajaan Islam di Sepanyol (Andalusia), unsur-unsur seni bina Islam amat terserlah pada bangunan dan istana seperti yang Istana Alhambra dan Masjid Cordova. Perkembangan senibina Islam diteruskan lagi di zaman kerajaan Islam 'Abbasiyyah. Seni bina Islam telah mencapai zaman keemasan kerana ciri-ciri seni bina Islam mampu bersepadu dengan seni bina Parsi yang tidak mempunyai unsur-unsur seni yang bertentangan dengan Islam. Selepas itu, dengan tertubuhnya Kerajaan Dawlah 'Uthmaniyyah yang berpusat di Turki, mereka turut mencatatkan kehebatan di dalam perkembangan seni bina Islam. Buktinya, pembinaan Masjid Mihrimah, Sehzade, Suleymaniye dan Selimiye. Antara arkitek-arkitek Islam yang telah banyak menyumbang adalah Sinanuddin Yusuf b. Abdullah, Khayruddi dan Ahmad Pasha.

    Dalam tamadun Cina pula, seni binanya telah wujud sebelum pengenalan kaedah binaan Barat semasa awal abad ke-20. Seni bina tamadun Cina telah dipengaruhi oleh tamadun Barat sejak meletusnya Perang Candu sehingga penubuhan Republik Rakyat Cina pada tahun 1949. Pembinaan seni bina Cina telah memperlihatkan pelbagai ciri-ciri tamaduan antara seni bina Cina dengan Barat. Arkitek-arkitek Cina yang telah dilatih cara Barat telah cuba menggabungkan reka bentuk Cina tradisi dengan bangunan moden untuk memenuhi permintaan dan supaya tidak kelihatan begitu ketinggalan daripada arus kemodenan dunia. Dengan peningkatan tamadun Cina yang pantas, tekanan bagi pembangunan bandar seluruh China memerlukan pembinaan pantas dan bandingan keluasan lantai lebih tinggi. Pada dasarnya sebelum kedatangan seni bina Barat, seni bina Cina biasanya mempunyai ketinggian bangunan yang tidak melebihi daripada 3 tingkat. Dengan peningkatan dan perubahan dalam struktur bangunan dan bahan yang digunakan ianya bererti bangunan yang biasanya tidak melebihi 3 tingkat telah berkurang dan digantikan dengan seni bina moden yang mempunyai unsur-unsur Barat di dalamnya. Antara contoh seni bina moden ialah Gedung Jinmao Shanghai iaitu bangunan tinggi pertama di China dan Dewan Besar Rakyat yang terletak di sebelah barat Medan Tian'anmen Beijing.

    Selain itu, seni bina tamadun India telah bermula sejak tamadun Lembah Indus. Seni binanya dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan cuaca contohnya pada jendela berkisi apabila ianya boleh mengurangkan pancaran matahari dan dengan penggunaan batu marmar putih. Struktur penting dalam seni bina tamadun India adalah Shikhara iaitu bentuk kereta kuda, Vimana iaitu menara pyramid, Rath iaitu batu tunggak yang melambangkan binatang dan Gopuram iaitu pintu masuk. Pengaruh seni bina Barat di dalam seni bina India boleh dilihat dalam pembinaan sebuahmasjidyang pertama di India iaitu Babur Reka yang didirikan oleh KaisarMughal. Dalam pembinaan masjid ini, bentuknya diilhamkan dari seni bina masjid-masjid kerajaan Moghul di India Utara.

    Terdapat tiga kubah berbentuk bawang besar setinggi 21.3 meter diapit oleh dua kubah besar. Ruang solat pula dalam keadaan terbuka di dalam laman yang berdinding di mana sekarang telah dibumbungkan. Di sudut bangunan pula terdapat dua menara berkembar yang mempunyai ketinggian setinggi 26.8 meter dan bermotifkan reka bentuk MoghulChatrisdipuncaknya.Chatrismendominasi dalam setiap sudut dan pintu masuk masjid ini. Lebih tepat lagi jika dikatakan seni bina reka bentuk masjid ini adalah bercirikan Moghul danMoorish kerana sedikit sebanyak pembinaan masjid ini mempunyai unsur-unsur seni bina Barat di dalamnya. MotifMoorishdapat dilihat pada belang putih-merah susunan batu-bata di menara,archdan susunan belang bata, plaster dan marmar. Sifat yang sama juga boleh dilihat pada binaan masjid di Cordoba, Sepanyol.

    Terdapat banyak pengaruh tamadun Barat terhadap tamadun Islam, Cina dan India sekaligus dari aspek seni bina. Hal ini demikian kerana, arkitek-arkitek yang mereka bentuk bangunan lazimnya telah dilatih dengan konsep Barat dan tidak mempunyai kesederan untuk mendalami alam sekitar dan kegiatan tempatan. Malahan bangunan tempatan kita dari segi undang-undang adalah berdasarkan taraf arkitek British dan taraf arkitek negara Barat yang lain.

    Kebudayaan

    Kebudayaan bermaksud keseluruhan cara hidup (yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan.

    Tidak dapat dinafikan bahawa tamadun Barat mempengaruhi tamadun Melayu. Di mana jua kita berada, kita tidak dapat melarikan daripada pengaruh Barat kerana mereka merupakan suatu pengaruh yang besar di dunia ini. Ini dapat dilihat dari pelbagai aspek, media, muzik, tarian dan juga pakaian sebagai contoh. Selaras dengan itu, mereka mampu memberi kesan atau impak yang besar kepada sesuatu tamadun, dan tamadun Melayu tidak terkecuali.

    Media merupakan pengaruh utama tamadun Barat kepada tamadun Melayu. Filem-filem utama yang ditayangkan dipawagam adalah terdiri daripada filem Barat, malahan filem yang mencatatkan keuntungan kasar paling tinggi di dunia juga adalah filem Barat sendiri, iaitu Avatar yang baru-baru ditayangkan. Filem tersebut berjaya mencatatkan keuntungan kasar sebanyak 2 juta dollar US. Melalui media, tamadun Barat juga dapat mempromosikan jenama atau barangan buatan mereka sendiri seperti Starbucks, Coca-Cola, dan banyak lagi. Pengguna-pengguna akan lebih cenderung untuk membeli barang-barang ini dan secara tidak langsung, turut membantu ekonomi Barat. Tidak cukup dengan itu, mereka juga dapat mempromosikan agama mereka, iaitu Kristian. Ini dapat dilihat di mana pelakon-pelakon utama sesebuah filem akan memakai salib, atau mengamalkan amalan Kristian. Ini secara tidak langsung dapat mempengaruhi mereka yang beriman lemah ataupun mereka yang memandang tinggi kepada pelakon-pelakon tersebut dan ingin mengikuti mereka.

    Sepertimana yang kita tahu, terdapat juga banyak saluran Barat seperti MTV, HBO dan berbagai lagi yang menyiarkan rancangan-rancangan mereka. Tambahan pula, terdapat sesetengah rancangan ini yang tidak sesuai untuk ditayangkan di Malaysia namun masih ditayangkan. Contohnya, rancangan seperti Gossip Girls dan One Tree Hill yang menceritakan tentang kisah remaja, dimana remaja-remaja bergaul bebas tanpa mengira jantina. Mereka meminum arak, berparti, dan juga mengamalkan amalan seks bebas. Cara hidup begini adalah kebiasaan di Barat, tetapi bukan di sini. Remaja-remaja yang mengikuti rancangan-rancangan seperti ini akan mudah terpengaruh dan akan sudah pasti teringin untuk mengikuti cara hidup remaja barat yang tampak menyeronokkan. Di sini, kita dapat melihat bahawa dari segi media, kebanyakan pengaruh Barat kepada tamadun Melayu adalah buruk.

    Muzik juga adalah salah satu pengaruh Barat yang besar kepada tamadun Melayu. Kemana sahaja kita pergi, pasti juga akan terdengar lagu Barat sedang dimainkan. Ini adalah kerana ianya adalah sangat popular dan diminati oleh kebanyakan orang di seluruh dunia. Kebanyakan genre muzik zaman sekarang juga telah diperkenalkan oleh Barat, contohnya Jazz, Rock, Pop dan beberapa lagi. Kemudiannya, mereka jugalah yang telah mempopularkan muzik mereka sendiri. Sebagai contoh, Elvis Presley pada tahun-tahun pertengahan 90-an, beliau telah berjaya mencipta nama untuk dirinya sebagai King of Rock.

    Lagi satu contoh adalah Michael Jackson yang dikenali sebagai King of Pop. Walaupun kedua mereka telah meninggal dunia, namun mereka masih diingati ramai atas sebab muzik mereka yang sering dimainkan di merata-rata tempat seluruh dunia. Kedua mereka telah mencatat penjualan album tertinggi untuk genre masing-masing dan album Michael Jackson yang bertajuk Thriller, adalah album paling laris sehingga kini yang mencatat penjualan sebanyak 100 juta. Lagu-lagu mereka amat diminati sehingga hari ini, dan tiada yang mampu untuk menandingi mereka. Pengaruh mereka amat dirasai diseluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Ini dapat dilihat pada beberapa tahun dahulu semasa pertandingan Malaysian Idol masih diadakan, terdapat ramai peserta yang menyanyi lagu-lagu mereka. Malahan ada yang berkelakuan dan berpakaian seperti mereka. Ini jelas membuktikan bahawa pengaruh Barat dalam bidang muzik adalah sangat meluas.

    Pengaruh Barat yang ketiga adalah dari segi tarian. Tarian membawa maksud sebuah seni yang merujuk kepada pergerakan badan, dan kebiasaannya mengikut muzik dan rancak. Terdapat beberapa jenis tarian yang dimulakan oleh barat iaitu tarian berdansa, ballet dan hip-hop sebagai contoh. Tarian berdansa ataupun ballroom dancing telah dipraktikkan di banyak negara termasuk negara Malaysia. Tarian ini lebih diminati oleh orang dewasa kerana ia berbentuk formal, perlahan dan berpasangan. Ianya juga sangat popular di majlis perkahwinan orang Cina dimana tarian ini diadakan pada penghujung majlis.

    Terdapat juga sebuah pertandingan yang dinamakan 'Sehati Berdansa' dimana perserta-perserta dinilai berdasarkan tarian berdansa mereka. Tarian ballet juga adalah tarian yang berbentuk formal tetapi lebih diminati oleh perempuan. Tarian ini jelas telah menarik minat ramai orang boleh dilihat dengan jumlah sekolahnya yang telah dibuka di merata-rata tempat. Akhir sekali adalah tarian hip-hop yang mendapat nama dikalangan remaja-remaja masa kini. Ini boleh dilihat dalam pertandingan 'So You Think You Can Dance' dimana sebilangan pesertanya, jenis tariannya adalah hip-hop. Pergerakan tarian jenis ini adalah lebih kepada kreativiti masing-masing dan selalu mempunyai pergerakan-pergerakan baru yang dicipta sendiri jadi tarian ini selalu berkembang dari masa ke semasa. Dengan ini, ianya dapat dilihat bahawa tarian Barat mempengaruhi generasi muda hingga dewasa, tanpa mengira lelaki mahupun perempuan.

    Pakaian Barat juga merupakan satu pengaruh besar kepada tamadun Melayu. Terdapat banyak jenis pakaian Barat yang telah menjadi pakaian kebiasaan kita. Contohnya, pakaian harian seperti t-shirt dan seluar jeans sebenarnya berasal daripada Barat. Ini biasanya diminati oleh remaja-remaja kerana ianya senang dipakai dan terdapat berbagai-bagai corak. Bagi mereka yang bekerja pula, kemeja menjadi pilihan atas sebab gaya profesionalnya. Lelaki akan memakai kemeja dengan seluar panjang dan berkasut gelap beserta dengan tali leher manakala perempuan memakai kemeja dengan blaus.

    Terakhir sekali, untuk majlis-majlis besar seperti majlis makan malam, majlis anugerah, kita dapat melihat lelaki memakai pakaian kot yang segak lagi tampan, dan perempuan, gaun yang jelita lagi menawan. Trend fesyen Barat sekarang menjadi ikutan ramai kerana pakaiannya yang mampu menarik perhatian dan juga mengikut fesyen terkini. Terdapat banyak majalah fesyen yang memudahkan rakyat Malaysia untuk mengikuti perkembangan fesyen Barat yang terkini. Pakaian memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kami seharian, dan dapat dilihat dengan jelasnya pemakaian kami mengikut fesyen Barat.

    Melihat kepada di atas, dapat dilihat dengan jelas bahawa tamadun Barat mempengaruhi tamadun Melayu daripada segi kebudayaan. Diharap yang baik dapat dijadikan teladan, dan yang buruk dijadikan sempadan.

    CADANGAN DAN SARANAN

    Setelah mencari dan merumuskan isi-isi, kami boleh membuat kesimpulan bahawa pengaruh tamadun Barat terhadap tamadun Islam, Cina dan India mempunyai kesan positif dan negatif.

    Kita perlu melihat dari aspek positif dalam kemasukan pengaruh Barat ke dalam tamadun lain kerana sumbangan mereka terhadap kemajuan tamadun ini menjadikan mereka lebih maju dan boleh berdaya saing di antara satu sama lain.

    Media barat lebih cenderung kepada aspek negatif sebab ianya menjadi dalang kepada keruntuhan akhlak remaja-remaja masa kini. Kerajaan perlu mendidik anak-anak muda tentang perbezaan gaya hidup negara Malaysia berbanding dengan negara Barat. Anak-anak muda merupakan tonggak negara pada masa akan datang, jadi kerajaan mestilah pandai menjaga dan mendidik mereka kearah yang betul, agar dapat menjadi pemimpin negara yang bukan sahaja mempunyai kelayakan diatas kertas, malahan mempunyai peribadi diri yang disegani ramai agar negara Malaysia maju menuju Wawasan 2020.

    Pendidikan di tamadun Barat hanya menekankan kebendaan. Walau bagaimanapun, kita tidak sepatut mengambil sikap malas sikap malas tamadun Barat yang ditunjukkan oleh mereka. Selain itu, kita perlu menekankan nilai-nilai dan adat ketimuran yang berpandukan agama Islam supaya kita dapat hidup bahagia di dunia dan di akhirat.

    Sememangnya pada zaman yang moden ini, pelbagai jenis interaksi sesama tamadun berlaku pada setiap hari khususnya dalam aspek sains dan teknologi. Sesungguhnya, ini merupakan perkara yang bagus untuk kemajuan negara. Namun kita harus sentiasa mengingati prinsip-prinsip dan nilai-nilai kita yang diwarisi daripada generasi yang terdahulu. Teknologi yang bertentangan dengan prinsip dan nilai kita tidak harus diikuti dan disanjungi untuk menjaga integriti dan kesucian tamadun kita.

    KESIMPULAN

    Pengaruh tamadun barat terhadap sosial tamadun Islam, Cina dan India boleh dilihat dari segi pendidikan, seni bina, kebudayaan dan sains dan teknologi. Ini boleh di lihat apabila terdapat impak positif dan negatif yang berlaku di dalam tamadun-tamadun tersebut. Dari segi pendidikan, adanya karya-karya dan naskah terjemahan yang boleh mempengaruhi cara pentadbiran sesebuah tamadun. Tambahan itu, dari segi sains dan teknologi, kita boleh melihat perubahan yang ketara dalam bidang pertanian dan matematik. Perubahan drastik ini membawa kepada terbentuknya tamadun yang lebih berdaya saing.

    Dalam bidang senibina, binaan- binaan tamadun Islam, Cina dan India setelah datangnya pengaruh barat manjadikan struktur binaannya menjadi lebih kukuh dan tahan lama. Yang terakhir dari segi kebudayaan pula, impak negatif lebih bermaharajalela berbanding dengan impak positif. Kita tidak boleh menyalahkan pengaruh barat semata-mata tetapi kita perlu memandang kepada cara untuk kita membiasakan diri dengan kehadirannya. Jadi kita akan lebih bersifat matang dan boleh membezakan antara yang mana kaca dan yang mana permata.

    Untuk menjatuhkan sesebuah tamadun adalah senang tetapi untuk membina sesebuah tamadun memerlukan kesabaran, keterbukaan dan keyakinan dan ianya bukanlah tugas yang senang. Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri untuk menentukannya.

    BIBLIOGRAFI

    1. Ahmad Tafsir (1992). Ilmu Pendidikan Dalam Perspektif Islam. Bandung: PT Remaja, Rosdakarya.
    2. Datin Dr. Sarvinder Kaur, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, UPM.
    3. Maulana Syed Abul-Hasan 'Ali al-Nadawi rh, The Glory of Iqbal (4).
    4. Hazlina Osman, Mahadi Shuaib.(2008) Sejarah Asia.
    5. Ismail Hussein, A. Aziz Deraman, Abd. Rahman Al-Ahmadi (1989). Tamadun Melayu Jilid Dua. Dewan Bahasa dan Pustaka.
    6. Osman Bakar, Azizan Baharuddin, Zaid Ahmad (2009). Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia.
    7. www.scribd.com/doc/6520727/Bab-4-Pengaruh-Globalisasi-Terhadap-Peradaban, 28 Februari 2010.
    8. Ridhuan T., http://ridhuantee.blogspot.com/2006/06/gambaran-pengaruh-budaya-barat.html, 28 Februari 2010.

Please be aware that the free essay that you were just reading was not written by us. This essay, and all of the others available to view on the website, were provided to us by students in exchange for services that we offer. This relationship helps our students to get an even better deal while also contributing to the biggest free essay resource in the UK!