Chemical contamination of food and drink

Abstract

Reports of chemical contamination of food and drink have been dominated by large-scale incidents often associated with the risks of chronic exposure to particular chemicals or additives, e.g., mycotoxins and pesticide residues. This paper is the Wrst serious attempt to collate information on the numerous incidents of acute chemical contamination associated with food and drink. Data is provided on 3740 incidents reported to the National Poisons Information Service (London) as part of a Food Standards Agency investigation into Breakdowns in Food Safety.

Poor consumer handling and an apparent lack of understanding of and/or poor instructions led to many of these events. No serious eVects occurred from accidental exposures, yet there is a signiWcant health burden from these accidents.

Keywords: Chemicals; Food safety; Breakdowns

Introduction

Public concern over the safety of food and drink remains high. Consumers most commonly perceive chemical residues, such as additives and pesticides, to be the most important issues in food safety (Kastner, 1995; Williams, Stirling, & Keynes, 2004).

Currently, literature relating to the chemical contamination of food and drink is dominated by discussions of largescale incidents of chemical contamination of food, or of the risks of chronic exposure to particular chemicals or additives in food. However, discussion of acute chemical contamination events of food and drink is, at present, largely lacking.

On a smaller scale, breakdowns in safety involving food and drink occur very frequently. Cases of possible exposure to unwanted chemicals in food are the subject of enquiries to the National Poisons Information Service, London (NPIS (L)); data from NPIS (L) indicate that every day many individuals are aVected by food safety breakdowns, often in the home, resulting in considerable anxiety, varied adverse health eVects and considerable burden on health care systems.

This study of six years of data from NPIS (L) presents a description of cases and discussion on the impact of their occurrence on the individual and on the health care community.

The Breakdowns in Food Safety Group comprises: Roy Betts, Nick Edwards, Martin Hall, Clare Hughes, Iain Gillespie, Virginia Murray, Sarah O'Brien, Morven Reid and Mike Stringer (Chairman).

TERJEMAHAN ISI-ISI PENTING

Maklumat - maklumat di dalam penulisan ini telah di ambil daripada NPIS(L). Walaupun terdapat banyak batasan daripada pengkalan data NPIS(L). Ini terjadi kerana kes - kes yang dilaporkan tidak mempunyai laporan yang lengkap terhadap apa yang berlaku di kawasan tertentu malah kes yang mendapat rawatan hospital juga tidak dilaporkan dengan lengkap. Oleh yang demikian, maklumat tersebut tidak menunjukkan bilangan kes sederhana atau keracunan serius di United Kingdom disebabkan beberapa alasan :

Pertama, maklumat yang dikumpul semasa panggilan telefon hanyalah latar belakang kes sahaja,bukan secara terperinci. Kesannya, maklumat yang dikumpul jarang - jarang sekali termasuk hasil rawatan.

Tambahan itu, kebanyakkan panggilan telefon hanya dilakukan selepas pesakit dihantar ke pegawai perubatan. Oleh itu, kesan - kesan klinikal sebelum panggilan dilakukan tidak dapat dilaporkan atau direkodkan.

Disamping itu, tidak terdapat peraturan yang mewajibkan kes - kes keracunan dilaporkan kepada NPIS(L) atau mana - mana badan berkaitan. Oleh hal yang demikian, NPIS hanya akan dihubungi apabila pegawai perubatan memerlukan maklumat lanjut berkaitan pengurusan keracunan.

Sebahagian besar kes - kes yang direkodkan adalah disebabkan kemalangan, di mana kebanyakkannnya disebabkan pengendalian dan penyediaan makanan yang tidak sempurna dan teratur.

Terdapat juga kes - kes yang disebabkan oleh kesan baki ditempat kerja. Sebagai contoh, kesan sabun pencuci masih terdapat di dalam cawan atau pembersih ketuhar tertinggal di dalam ketuhar semasa memasak.Walau bagaimanapun, kebanyakkan kes melibatkan kesan baki kotoran atau pencuci dalam kuantiti yang sedikit yang hanya membawa symptom sederhana seperti muntah, dan sakit bahagian dalaman badan.

Tetapi kebanyakkannya laporan yang telah diterima adalah disebabkan oleh melakukannya dengan niat seperti cubaan mencederakan diri, meletakkan bahan terlarang didalam minuman orang lain biasanya di dalam pub dan bar dan bilangan yang tinggi dalam mengenakan orang lain terutama di dalam kawasan sekolah dan tempat kerja.

Keracunan makanan juga berlaku disebabkan produk pertanian seperti racun serangga, baja. Penggunanya yang kurang mengambil berat terhadap kebersihan seperti tidak mencuci tangan selepas melakukan kerja - kerja pertanian dan sebelum makan.

Walaupun begitu kebanyakkan kes - kes yang dilaporkan berkaitan keracunan makanan disebabkan bahan kimia. Malah terdapat juga keracunan makanan disebabkan pencemaran fizikal dan biological seperti plastik dan kaca. Kesemua kes - kes berkaitan pencemaran fizikal adalah sebanyak 2.7% kes disebabkan pengguna memanaskan makanan menggunakan bekas plastic yang tidak sesuai dan sebagainya.

Bahan keracunan yang paling kerap dijumpai ialah descalers, di mana kebanyakkannya dijumpai di dalam teh dan juga kopi. Descalers biasanya ditinggalkan di dalam pemanas air dan lupa untuk mengeluarkannya. Sebagai akibat, air yang sudah tercemar itu digunakan untuk kegunaan yang lain dan menyebabkan makanan tersebut tidak selamat. Selain itu, pasta, mee dan juga nasi sering tercemar disebabkan air panas yang digunakan mengandungi asid mineral lemah yang boleh mengakibatkan kesan klinikal seperti , rengsaan buccal, terasa loya and sakit dalaman. Sesetengah descalers mengandungi bahan menghakis dan boleh mengakibatkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

ULASAN

Penulisan tersebut menulis tentang kes - kes keracunan makanan yang berlaku di United Kingdom di mana maklumat yang direkod diperolehi daripada Perkhidmatan Maklumat Keracunan Kebangsaan (London), (NPIS(L)). Walau bagaimanapun, maklumat yang diambil daripada NPIS(L) ini terdapat banyak batasan . Hal ini kerana tidak semua kes yang berlaku di negara tersebut dilaporkan. Oleh hal demikian, maklumat yang direkod kurang tepat memandangkan masih terdapat kes - kes yang tidak diambil kira semasa kajian ini dilakukan. Akibatnya, hasil kajian ini tidak menunjukkan keadaan yang sebenar disebabkan sumber maklumat yang digunakan tidak terhad.

Kelemahan yang terdapat dalam penulisan ini ialah maklumat yang dikumpul daripada NPIS(L) tidak lengkap. Sebagai contoh, laporan yang diterima oleh NPIS(L) hanyalah melalui panggilan telefon. Panggilan telefon ini kebiasaanya dilakukan oleh pegawai perubatan apabila terdapat kes keracunan yang dirawat di hospital atau pusat - pusat kesihatan. Laporan yang dilakukan oleh pegawai perubatan ini hanya sekadar latar belakang kes sahaja tidak secara terperinci serta tidak termasuk laporan rawatan yang diterima oleh mangsa.Selain itu, terdapat juga kes - kes yang dirujuk kepada NPIS(L) apabila pegawai perubatan memerlukan maklumat tambahan berkaitan pengendalian kes - kes keracunan.Keadaan ini menyebabkan maklumat terperinci berkaitan kes - kes keracunan tersebut tidak direkodkan oleh NPIS(L).

Berdasarkan situasi tersebut, jelaslah penulis telah mengabaikan kes - kes keracunan yang tidak direkodkan di dalam database NPIS(L) seperti kes keracunan minor yang hanya memberikan simptom ringan seperti muntah - muntah dan cirit - birit. Oleh itu, penulis hendaklah menambah methodology kajian supaya kajian ini meliputi seluruh kes yang berlaku di kawasan tersebut. Sebagai contoh, penulis boleh menjalankan tinjauan ataupun soal selidik ke atas penduduk di kawasan tersebut untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat.

Selain itu, maklumat atau panggilan telefon yang diterima oleh NPIS(L) tidak lengkap. Hal ini kerana pegawai perubatan hanya akan membuat laporan kepada NPIS(L) setelah pesakit menerima rawatan. Keadaan ini telah menyebabkan kesan - kesan klinikal yang terdapat pada pesakit sebelum berjumpa pegawai perubatan tidak dapat direkodkan. Ini menyebabkan keputusan kajian ini kurang tepat kerana kesan klinikal yang terdapat pada mangsa sebelum berjumpa pegawai perubatan tidak direkodkan.

Di samping itu, kelemahan data yang direkodkan oleh NPIS(L) adalah dipengaruhi oleh ketiadaan undang - undang yang mewajibkan mangsa keracunan untuk melaporkan kes kepada NPIS(L) atau pun badan - badan lain. Hal ini menyebabkan banyak kes - kes keracunan yang tidak dilaporkan dan telah mempengaruhi keputusan kajian penulisan ini.Oleh hal demikian, penambahan methodology sangat penting supaya sumber maklumat yang diperolehi lebih meluas dan lengkap.

Menurut laporan di atas, kes - kes yang melibatkan keracunan makanan sebahagian besarnya di sebabkan oleh kemalangan terutamanya pengendalian dan penyediaan makanan yang tidak sempurna dan teratur. Pada pendapat kami, hal ini terdapat rasionalnya di mana kebanyakan pengusaha gerai makanan mahupun restoran kurang menitikberatkan kepentingan kebersihan premis perniagaan, kawasan sekitar premis, makanan yang dijual mahupun pekerja yang mengendalikan dan menyediakan makanan. Sebagai contoh di Malaysia, ada terdapat gerai yang terletak berhampiran dengan sistem perparitan dan mengambil kesempatan membuang sisa - sisa makanan ke dalam sistem perparitan tersebut. Sebagai akibat, sistem perparitan tersumbat, mengundang pelbagai bau yang kurang menyenangkan dan menyebabkan banyak lalat di kawasan tersebut. Perniagaan makanan dalam situasi sebegini adalah tidak relevan kerana kebersihan makanan yang disediakan tidak terjamin walaupun makanan yang dijual murah dan sedap. Hal ini kerana, lalat merupakan serangga yang suka berada di kawasan yang kotor. Apabila premis perniagaan tersebut terdapat banyak lalat disebabkan sistem perparitan yang telah tersumbat dan bau yang kurang menyenangkan adalah berkemungkinan besar makanan mahupun minuman yang disediakan dihinggapi lalat.

Selain itu, pengarang juga berpendapat sewaktu penyediaan makanan, kebanyakan tukang masak mengambil ringan tentang kebersihan diri mahupun makanan yang dimasak. Sebagai contoh, tukang masak tidak mencuci tangan menggunakan sabun selepas keluar daripada tandas. Tambahan pula, tanpa memakai sarung tangan tukang masak tersebut terus menyediakan makanan untuk pelanggan. Persoalan di sini, adakah makanan yang disediakan oleh tukang masak tersebut terjamin kebersihannya? Hal ini kerana tukang masak tersebut tidak mencuci tangan, tidak memakai sarung tangan dan terus memasak dengan mengambil bahan masakan menggunakan tangan yang tidak bercuci tersebut. Kami juga telah menemui kes-kes di mana tukang masak tidak membasuh beberapa bahan mentah penyajian makanan seperti sayur-sayuran, ayam, ikan, mee dan beberapa bahan lain.

Oleh hal yang demikian, kami berpandangan bahawa pihak berkuasa perlu mengambil inisiatif untuk mengatasi permasalahan yang sering diambil remeh oleh pengusaha makanan. Selain itu, pengusaha makanan juga hendaklah memastikan pekerja - pekerja merka yang mengendalikan perniagaan dan menyediakan makanan menjaga kebersihan dengan memakai apron yang bersih, mencuci tangan dengan sabun selepas keluar daripada tandas, memakai sarung tangan semasa menyediakan makanan dan sebagainya.

Selain itu, menurut laporan tersebut, terdapat kes - kes keracunan makanan yang disebabkan oleh kesan baki di tempat kerja. Sebagai contoh, sabun pencuci pinggan tidak dicuci dengan bersih di mana masih terdapat kesan di dalam cawan. Selain itu, terdapat juga kes di mana pinggan yang masih terdapat kesan kotoran makanan dan sebagainya. Pada pandangan kami, permasalahan sebegini adalah disebabkan kecuaian pekerja yang melakukan kerja - kerja pencucian. Hal ini kerana, tertinggal kesan sabun pencuci, masih terdapat kesan kotoran makanan merupakan perkara yang kecil jika hendak dibandingkan dengan kebersihan premis, tetapi perkara yang kecil ini yang dianggap enteng juga telah membawa kes - kes keracunan makanan. Walaupun menurut penulis, simptom keracunan makanan yang disebabkan masalah ini hanya sedikit seperti muntah - muntah dan loya, tetapi pihak pengusaha makanan perlulah menitik beratkan kebersihan daripada segala aspek termasuklah kebersihan premis, alatan yang digunakan, dan kebersihan pekerja juga . hal ini kerana sebenarnya kes keracunan makanan boleh membawa kes yang lebih teruk kepada kesihatan manusia dan kemungkinan membawa maut.

Walau bagaimanapun menurut penulis, terdapat juga kes - kes keracunan makanan yang disebabkan berniat untuk meracuni makanan sendiri. Pada pendapat kami, kes - kes seperti ini juga terdapat di Malaysia. Sebagai contoh,terdapat pesakit yang mengambil pil melebihi dos yang telah ditetapkan oleh pegawai perubatan sebagai medium untuk meracuni diri sendiri sekaligus percubaan untuk membunuh diri. Malah terdapat kes di mana pesakit meminum racun untuk membunuh diri. Keadaan ini menunjukkan terdapat segelintir rakyat Malaysia yang menjadikan meracuni makanan yang diambil sebagai medium untuk membunuh diri.

Keadaan tersebut memberi refleksi bahawa mereka sebenarnya mengetahui kesan - kesan daripada mengambil makanan yang terdedah kepada bahan kimia berbahaya atau telah tercemar yang boleh mengakibatkan keracunan makanan. Malangnya mereka menggunakan kesedaran yang ada secara negatif di mana menjadikan perkara ini sebagai medium untuk membunuh diri. Kebiasaannya, pesakit yang mangambil tindakan ini merupakan pesakit yang mempunyai masalah sama ada masalah peribadi, kewangan mahupun kekeluargaan. Sebagai contoh, terdapat kes di mana pesakit meminum racun rumpai yang diguankan untuk meracun rumput hanya kerana putus cinta. Keadaan seperti ini sepatutunya tidak berlaku kerana terdapat banyak alternatif yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini. Tetapi kebanyakan pesakit tidak berfikir panjang dan terlalu mengikut perasaan, lalu membuat keputusan melulu dengan berpendapat meminum racun akan menyelesaikan msalaah yang ada. Walaupun pada hakikatnya, tindakan tersebut semakin menambah masalah yang ada di mana sistem tubuh badan pesakit terganggu disebabkan racun tersebut, merisaukan ahli keluarga dan sebagainya.

Oleh itu, kami berpendapat, pihak berkuasa perlu mengambil inisiatif untuk mengawal pengeluaran ubatan - ubatan kepada pesakit supaya tidak disalah guna dan begitu juga pengeluaran produk racun. Orang ramai juga hendaklah menyimpan bahan - bahan yang berasaskan racun di tempat yang susah dicapai dan begitu juga ubat - ubatan disimpan di tempat khas yang sukar dicapai oleh kanak - kanak terutamanya.

Disamping itu, menurut laporan tersebut, terdapat juga kes - kes keracunan makanan yang dilaporkan disebabkan pendedahan kepada produk - produk pertanian seperti racun serangga dan baja. Sebagai contoh, para petani tidak mencuci tangan dengan bersih terlebih dahulu sebelum makan. Keadan ini boleh menyebabkan sisa - sisa baja sewaktu melakukan kerja - kerja pertanian masih terdapat pada tapak tangan petani tersebut, lalu mencemarkan makanan yang hendak dimakan. Oleh itu, para petani mahu pun sesiapa yang pekerjaan yang dilakukan terdedah kepada penggunaan bahan - bahan kimia, maka hendaklah mencuci tangan dengan menggunakan sabun terlebih dahulu sebelum memasak atau pun makan. Hal ini penting bagi memastikan makanan yang dimakan nanti tidak dicemari bahan kimia ditempat kerja tersebut.

Selain daripada itu, terdapat juga kes keracunan makanan disebabakan kesan racun serangga pada sayuran atau buah - buahan. Kes seperti ini boleh dibahagikan kepada dua di mana yang pertama disebabkan penggunaan racun serangga yang tinggi. Para petani menggunakan racun serangga untuk menggelakkan hasil tanaman daripada diserang serangga. Walau pun tindakan sedemikian dibenarkan, tetapi para petani perlu sedar penggunaan racun serangga secara berlebihan atau pada kadar yang tinggi akan menyebabkan hasil tanaman seperti sayuran dan buahan - buahan terutamanya turut diresapi racun serangga tersebut sekaligus membawa keracunan makanan kepada si pemakan. Oleh itu, penggunaan racun serangga perlu dikawal supaya tidak melebihi had. Malah jenis racun serangga yang digunakan juga hendaklah diambil kira supaya hanya bahan kimia yang dibenarkan dan tidak membahayakan orang ramai sahaja dibenarkan.

Kedua, kes disebabkan tidak mencuci sayur - sayuran atau buah - buahan sebelum dimasak atau dimakan. Orang ramai perlu sedar bahawa semasa proses penanaman sayuran dan buah - buahan, racun serangga digunakan. Oleh itu, jika makanan tersebut tidak dicuci terlebih dahulu sebelum dimasak atau dimakan , maka kesan racun serangga tersebut boleh membawa kepada keracunan makanan. Selain itu, terdapat juga kes di mana, penggunaan baja organik seperti tahi ayam dan tahi kambing sebagai baja untuk tanaman sayuran seperti kangkung, bayam dan sebagainya. Oleh itu, Sayur - sayuran seperti ini hendaklah dicuci lebih daripada sekali untuk memastikan benar - benar bersih daripada baja organik yang digunakan.Hal ini kerana, sayuran seperti ini telah dicabut bersama - sama dengan akarnya berserta tanah - tanah dan baja organik yang digunakan. Maka proses mencuci sayuran seperti ini perlu dilakukan dengan lebih berhati - hati agar tiadak berlaku kes keracunan makanan.

Menurut penulis, kebanyakan kes yang dilaporkan melibatkan keracunan makanan disebabkan pendedahan bahan kimia. Walau bagaimanapun, terdapat juga keracunan makanan secara fizikal, dimana disebabkan bekas letak makanan yang digunakan tidak selamat. Sebagai contoh pinggan plastik yang terdapat urea tidak selamat digunakan untuk diletakkan makanan yang panas kerana haba yang panas boleh menyebabkan bahan kimia pinggan plastic tersebut terurai. Selain itu, pinggan atau mangkuk plastic tertentu sahaja yang boleh digunkakan untuk memanaskan makanan menggunakan microwave. Hal ini kerana, suhu yang panas boleh menguraikan ikatan bahan - bahan kimia untuk menghasilkan pinggan atau mangkuk plastik tersebut. Oleh hal demikian, pemilihan penggunaan bekas makanan daripada produk plastik hendaklah diteliti terlebih dahulu. Orang ramai hendaklah mengetahui terlebih dahulu bekas tersebut diperbuat bahan kimia apa terlebih dahulu sebelum membeli. Keadaan ini penting, kerana rakyat Malaysia membeli barangan yang mempunyai harga paling murah tanpa mengambil kira tentang kualiti produk, sedangkan keselamatan pengguna lebih penting berbanding wang ringgit.

Descalers juga adalah salah satu punca keracunan makanan dialami. Descalers adalah kesan - kesan atau sisa - sisa yang tertinggal semasa kita membasuh pinggan atau cawan atau mangkuk yang menggunakan berus dawai. Sisa-sisa ini sangat halus dan sukar untuk dihilangkan. Walaupun bekas yang digunakan kelihatan bersih namun sisa-sisa descalers berkemungkinan masih ada. Contoh yang jelas kelihatan ketika membuat teh atau kopi. Ini berlaku kerana air panas yang dimasak dalam pemanas air sudah tercemar dengan sisa-sisa descalers. Tidak ketinggalan dalam makanan seharian seperti nasi. Penggunaan air yang digunakan untuk menanak nasi sudah tercemar. Descalers adalah bahan organic yang lemah atau lebih dikenali dengan asid mineral cair. Kehadirannya boleh mnyebabkan rasa loya dan mengalami sakit dalaman. Sesetengah descalers mengandungi bahan menghakis dan boleh mengakibatkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

  1. Osman A., Azizan B., Zaid A., Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia, 2009
  2. www.scribd.com/doc/6520727/Bab-4-Pengaruh-Globalisasi-Terhadap-Peradaban, 28 Februari 2010
  3. Ridhuan T., http://ridhuantee.blogspot.com/2006/06/gambaran-pengaruh-budaya-barat.html, 28 Februari 2010
  4. Ahmad Tafsir (1992). Ilmu Pendidikan Dalam Perspektif Islam. Bandung: PT Remaja, Rosdakarya.
  5. Datin Dr. Sarvinder Kaur, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, UPM.
  6. Maulana Syed Abul-Hasan 'Ali al-Nadawi rh, The Glory of Iqbal (4).
  7. Hazlina Osman, Mahadi Shuaib.(2008) Sejarah Asia.
  8. Ismail Hussein, A. Aziz Deraman, Abd. Rahman Al-Ahmadi (1989). Tamadun Melayu Jilid Dua. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Please be aware that the free essay that you were just reading was not written by us. This essay, and all of the others available to view on the website, were provided to us by students in exchange for services that we offer. This relationship helps our students to get an even better deal while also contributing to the biggest free essay resource in the UK!